Charity Breakfast dan Pertandingan Mewarna “Masjidku Sayang” MASJID KARIAH PANCHOR JAYA



Tanggal 1 Mei 2010 pagi Sabtu telah berlangsungnya dengan jayanya majlis amal Charity Breakfast (Bersarapan Sambil Menderma) anjuran Biro Hal Ehwal Wanita (HELWA) Masjid Kariah Panchor Jaya di perkarangan masjid yang julung kalinya dianjurkan bagi tujuan aktiviti mengimarahkan masjid serta mengisi tabung masjid.

Disamping itu bagi memeriahkan lagi acara amal ini, satu Pertandingan Mewarna “Masjidku Sayang” turut diadakan dengan misi mengalakan anak-anak dan pelajar berkujung ke masjid. Dalam misi mengalakan anak-anak ke masjid, pihak pentadbiran Masjid juga dalam proses menyediakan perpustakan mini di Masjid Kariah Panchor Jaya untuk dimunafaatkan oleh anak-anak warga kariah sebagai tempat membaca, mengulangkaji pelajaran dan seangkatan dengannya.

Jutaan terimakasih kepada warga kariah yang terlibat secara langsung serta kerjasama yang diberikan dengan memperuntukan masa, tenaga maupun sumbangan bagi menjayakan majlis ini. Berbanyak terimakasih juga kepada Penerbitan Ana Muslim sebagai penaja pertandingan.

Syabas kepada HELWA yang di terajui oleh Dr. Hasnah bersama barisan AJKnya yang mencetuskan idea dan menyusun atur untuk majlis ini serta barisan AJK Masjid yang banyak membantu dari segi tenaga, pentadbiran dan perlaksanaan.

Semoga apa yang telah dilaksanakan mencapai matlamatnya serta usaha semua diberkati ALLAH S.W.T



CATATAN CERITERA

Charity Breakfast


Seawal jam 4.00 pagi menyediakan masakan kesinambungan pada malam sebelumnya.







Suasana di perkarangan Masjid Kariah Panchor Jaya ketika aktiviti pendaftaran, pengambilan makanan serta sarapan pagi.











Wajah-wajah warga TPJF4 dalam sessi bual bicara sambil menikmati suasana pagi hari.






Pertandingan Mewarna


Adik-adik warga Kariah Pachor Jaya memulakan sessi mewarna. Tiga kategori dipertandingkan. Tadika ~ 7 tahun, 8 ~ 9 tahun, 10 ~ 12 tahun.










Sessi temuramah serta aktiviti sampingan sementara menanti panel hakim membuat keputusan.





Terima kasih kepada Penerbitan Ana Muslim atas tajaan pertandingan mewarna.
 


Yang Berbahagia Nazir Tuan Haji Wan Abdullah Haji Wan Su memberi ucapan sebelum pengunguman pemenang.
   


Pengunguman keputusan panel hakim oleh Master Ceremony En. Alwi Abdullah.




Kategori Tadika ~ 7 Tahun
Tempat Ke-2 : Mohamad Aqil Nidal (Boboy) Bin Alwi [TPJF4]




Kategori 8 ~ 9 Tahun
Tempat Pertama : Muhammad Arif (Ayiep) Bin Idznirosdin [TPJF4]



Kategori 10 ~ 12 Tahun
Tempat Pertama : Natasha Awra (Baby) Binti Alwi [TPJF4]



Kategori 10 ~ 12 Tahun
Tempat Ke-3 : Mohd Qarl Faridz (Anja) Bin Mohd Rahimi [TPJF4]





Kategori 10 ~ 12 Tahun
Tempat Ke-6 : Danial Haziq Bin Azmi [TPJF4]





Sebahagian peserta dan pemenang dari TPJF4 bersama ibu bapa yang sempat hadir bersama. Adik-adik TPJF4 telah berjaya membawa pulang hampir keseluruhan hadiah utama bagi setiap kategori. TAHNIAH ADIK-ADIK TPJF4.



Terima kasih adik-adik kerana ada sifat berani untuk mencuba dan bertanding, semoga bertemu di lain cabaran.




* foto-foto ikhsan En. Azmi Mohd Yusof dan Penulis (Ceritera Picture)

0 Responses