CERITERA KEJOHANAN TENPIN BOWLING TERTUTUP KRT TPJF4 2010


Setelah berhempas pulas hampir 2 ½ bulan Biro Sukan KRT TPJF4 menyusun atur bagi merealisasikannya, Tanggal 8 Mei 2010, pagi Sabtu telah berlangsungnya Kejohanan Tenpin Bowling Tetutup KRT TPJF4 2010 bertempat di Ampang Superbowl Seremban Parade.

Kejohanan ini telah mendapat penyertaan yang menggalakkan iaitu seramai 39 peserta terdiri dari 17 lelaki dan 13 wanita dewasa yang digambungkan menjadi 10 pasukan serta 7 lelaki dan 2 perempuan remaja digambungkan menjadi 3 pasukan mengambil bahagian dalam 4 kategori berjaya disatukan bersama-sama kaum keluarga, sanak saudara dan rakan taulan masing-masing bagi memeriahkan acara yang telah diadakan ini.

Tahniah kepada semua pemenang kategori (sila rujuk posting sebelumnya bagi keputusan keseluruhan) dan yang tak menang, ini adat permainan, tapi apa yang penting kito monang samo-samo dalam silatul-rahim dan hubungan antara keluarga dalam erti lainnya. Jutaan terimakasih kerana sudi mengambil bahagian dalam kejohanan yang dianjurkan serta jangan serik untuk bersama lagi di kejohanan tahun 2011 akan datang, InsyALLAH.  


Jutaan terimakasih tak terhingga kepada YM Raja Datin Seri Salbiah Bte Tengku Nujumudin isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Mohamad Bin Haji Hassan yang sudi meluangkan masa berkenan meyampaikan hadiah kejohanan serta kepada En. Mohd Fazli Bin Ibrahim Pegawai Perpaduan Daerah yang sudi hadir dan menyampaikan hadiah kejohanan serta penyerahan watikah perlantikan AJK KRT TPJF4 2010~2011.

Jutaan terimakasih juga kepada para penyumbang berbentuk kewangan untuk kejohanan kali ini seperti berikut; 
TUAN HAJI WAN ABDULLAH HAJI WAN SU
TUAN HAJI ANNUAR SAMSUDIN 
EN. IDZNIROSDIN IDRIS
EN.AZMI HAJI MOHD YUSOF 
EN. ZAIFUDDIN MOHD 
EN. ABD AZIZ ISMAIL 
EN. MOHD SALLEH ISMAIL 
EN. HASSAN MAASUM 
EN. WALI MOHAMAD SETHUN GHANI 
EN. AHMAD SUBIRIN 
PUSAT BUNGA MOLEK 
FAMILI TOMYAM 
SIN LOONG HARDWARE


CATATAN CERITERA

Menjalin silatul-rahim

 
Bersama keluarga dan rakan taulan


Di antara Medal Kejohanan


Tuan Haji Ab. Manan Ab. Majid, Pengerusi KRT TPJF4 melakukan "Roll Balltanda Perasmian Kejohanan
 
Kejohanan Tenpin Bowling KRT TPJF4 2010 bermula
 
  Ketua Biro Sukan dan Setiausaha KRT TPJF4 bergambar kenangan bersama YM Raja Datin Seri Salbiah Bte Tengku Nujumudin dan Pengarah Majlis Sukan Negeri, NS
 
YM Raja Datin Seri Salbiah berkenan menyampai hadiah bagi Kategori Individu Wanita
 
Cenderahati tanda terimakasih Biro Sukan KRT TPJF4 disampaikan oleh Tuan Haji Ab. Manan Ab. Majid, Pengerusi KRT TPJF4 kepada YM Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin 
   
En. Mohd Fazli Ibrahim, Pegawai Perpaduan Daerah menyampaikan hadiah bagi Kategori Individu Lelaki
 
Hadiah bagi Kategori Remaja
 
Kategori isi rumah teramai menyertai kejohanan (Keluarga En. Kasim SM21)
 
Hadiah bagi Kategori 3 Sepasukan
 
 
Cenderahati tanda terimakasih Biro Sukan KRT TPJF4 disampaikan oleh Tuan Haji Ab. Manan Ab. Majid, Pengerusi KRT TPJF4 kepada En. Mohd Fazli Ibrahim, Pegawai Perpaduan Daerah
 
En. Mohd Fazli Ibrahim, Pegawai Perpaduan Daerah menyerahkan watikah perlantikan AJK KRT TPJF4 2010~2011 kepada En, Hazlan Haji Ali, Setiausaha KRT TPJF4
 
SEMOGA BERTEMU LAGI DI KEJOHANAN TENPIN BOWLING KRT TPJF4 2011 AKAN DATANG!!!
 
0 Responses