TRESURE HUNT JEJAK WARISAN 2010 (LEMBAGA MUZIUM NEGERI SEMBILAN)


TPJF4 telah diwakili oleh 12 peserta dengan 3 buah kenderaan dalam acara Treasure Hunt Jejak Warisan 2010 anjuran Lembaga Muzium Negeri Sembilan yang telah berlangsung pada hari Sabtu, 29 MEI 2010.

Jejak perjalanan bermula dari Seremban – Port Dickson – Rembau – Tampin – Jempol – Kuala Pilah – Seri Menanti. 7 Pit Stop tasks bersama soalan perjalanan, treasures dan puzzles perlu diselesaikan oleh peserta dalam acara sejauh 200km memakan masa 7 jam ini.

Team TPJF4 memberi saingan hebat walaupun bersaing bersama-sama taiko-taiko hunters dari dalam dan luar daerah yang berjumlah 35 kenderaan kesemuanya.

Tahniah kepada Team TPJF4 yang berjaya berada dalam kelopok Top 10 dan Top 15.

Tempat Ke-9: Team 3
Driver: Hj. Annuar, Navi: Hisham, Hunt: Halimon & Zalina

Tempat Ke-11: Team 2
Driver: Norazri, Navi: Cikgu Wali, Hunt: Nor & Fuza

Tempat Ke-12: Team 1
Driver: Cikgu Azlan, Navi: Awie, Hunt: Zahren & Shamsul


Ceritera bergambar..


 Antara Team TPJF4 yang mengambil bahagian berkumpul di Starting Point.

Clerk-of-Course (CoC) sedang memberi taklimat akhir. Peserta bergambar sebelum bermula.

Para peserta dilepaskan secara rasmi. Bermulalah Jejak Warisan 2010.


Mencari jawapan kepada persoalan di Muzium Negeri Sembilan, Seremban...


Membawa ke Kompleks Kraf dan White House, Seremban...



Pencarian berterusan di Muzium Tentera Darat, Port Dickson...


Sekitar Rembau mecari clue, Muzium Replika Istana Raja Melewar disinggahi. Makam Raja Melewar diziarahi...

Hingga ke Kg. Batu Kikir, Teratak Za'ba, Jempol di cari...

Membawa ke garisan penamat, Bandar Di Raja Seri Menanti.


Hasil Pit Stop tasks beserta jawapan perjalanan, treasures dan puzzles di serah kepada Marshall.


Sabar menanti keputusan pertandingan...


Penyertaan Terawal.


Tempat Ke-12


Tempat Ke-11


Tempat Ke-9


Team TPJF4 bersama Juara Jejak Warisan 2010


* sumber foto dari En. Azmi Hj Mohd Yusof dan Penulis Ceritera Picture

KURSUS PENGENDALIAN JENAZAH MASJID KARIAH PANCHOR JAYA - 23 MEI 2010


Alhamdulillah, telah berlangsung seperti yang dijadualkan. Seramai kurang lebih 100 peserta lelaki, wanita serta remaja warga Kariah Panchor Jaya telah menghadiri kursus seharian ini. Banyak perkara berkaitan yang telah diperturunkan serta banyak lagi yang perlu dipelajari. Semoga semua mendapat menafaat dari program ini dan semoga dapat ditubuhkan team pengurusan jenazah bagi Kariah ini. Semoga berjumpa lagi di siri kedua, insyallah.


Innalillahi Wainna Ilaihi Rojiiuun....  inilah gambaran awal ketika persediaan melangkah ke alam barzakh. Walau bagaimanapun pemergian hanyalah seketika kerana dia kembali jua.... Terima kasih di atas kesudiaan Pak Wahab menjadi "Model" dalam menjayakan Kursus Pengendalian Jenazah yang di adakan di Masjid Kariah Panchor Jaya.

Antara ceritera pada sesi tersebut.


Nota Penting : Ini hanya lakonan semata-mata. Jangan ada yang terkeliru.
Pak Wahab masih di sini, sihat walaafiat. (Ketika posting ini di tulis)

 * sumber foto dari En. Azmi Hj Mohd Yusof


COMBI BERTEMU LOKALITI - 15 MEI 2010


COMBI TPJF4/JK KRT TPJF4 dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri bersama Unit Promosi Kesihatan Daerah telah mengadakan program “COMBI Bertemu Lokaliti” pada hari Sabtu, 15 Mei 2010 jam 9.30 pagi bermula di Pejabat KRT TPJF4.


Dr. Norizah Mokhtar, Pegawai Kesihatan Daerah Seremban dan En. Zulkifli Jantan, Pegawai Promosi Kesihatan Daerah Seremban beserta para pegawai kesihatan yang lain mewakili Jabatan Kesihatan Negeri dan En. Mohd Fazli Ibrahim, Pegawai JPNIN Daerah Seremban hadir dalam program ini.

Ianya diadakan julung kalinya sejak penubuhan COMBI TPJF4 pada 10 April 2010 lalu dengan meziarahi setiap rumah warga TPJF4 pada hari itu dengan objektif memberi penerangan tentang pencegahan dan kawalan demam denggi serta penglibatan masyarakat dalam usaha menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes. Risalah dan juga abate pemusnah jentik-jentik turut diedarkan bersama.

Mesej 1
”HANYA 10 MINIT”, Periksa rumah anda dan hapuskan tempat pembiakan Aedes

Mesej 2
Jika anda atau keluarga mendapat tanda-tanda demam denggi, dapatkan rawatan segera

Perihatin dan berkerjasamalah dengan pengawai kesihatan atau agensi berkaitan yang datang membuat pemeriksaan dan penyemburan di dalam maupun luar rumah. Jangan marahkan nyamuk andai anda di kompaun. RM300 bagi satu ekor jentik-jentik Aedes yang ditemui setelah disahkan.


“TIADA AEDES, TIADA DENGGI"


  




CERITERA



Bacaan Doa di ketuai oleh Pak Wahab Mahmood

Tuan Haji Ab Manan Ab. Majid, Pengerusi COMBI TPJF4
menyampai sepatah dua kata

Dr. Noriah Mokhtar, Pegawai Kesihatan Daerah


En. Zulkifli Jantan, Pegawai Promosi Kesihatan Daerah


Sebelum menjalankan sesi lawatan warga


 

Sesi ziarah rumah ke rumah warga TPJF4



Penerangan tentang pencegahan dan kawalan demam denggi



Risalah dan juga abate pemusnah jentik-jentik turut diedarkan bersama


 “HANYA 10 MINIT”, Periksa rumah anda dan hapuskan tempat pembiakan Aedes


Beberapa hasil yang di gelar jentik-jentik, agak lumayan 

Adakah ANDA penyumbangnya??

Majlis penutupan setelah selesainya program bertemu warga

Dr. Norizah Mokhtar menyampaikan pesanan

En. Mohd Fazli Ibrahim menyampaikan ucapan penutup




Bukan Glamor Yang Di Kejari
Bukan Salah Siapa Yang Di Cari
Sedikit Keperihatinan Yang Ingin Di Kongsi
Cuba Dielak Denggi Dari Memakan Diri



* sumber foto dari En. Azmi Hj Mohd Yusof dan Penulis Ceritera Picture



Lokaliti Semarak 26 telah berjaya dikumpulkan
bersama Abate di tangan bergambar kenangan

* foto ekhsan En. Idznirosdin Idris