ASSALAMU’ALAIKUM WBT, YANG DIMULIAKAN TUAN NAZIR, TUAN-TUAN IMAM, TUAN-TUAN BILAL, BARISAN JAWATANKUASA MASJID, PEGAWAI MASJID, DAN PARA JAMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH SEKELIAN, BERIKUT ADA BEBERAPA PENGUMUMAN UNTUK PERHATIAN DAN MAKLUMAN PARA JAMAAH.
1. PENGUMUMAN PERTAMA, SATU PROGRAM CERAMAH BERHUBUNG DENGAN “PERKONGSIAN PENGALAMAN MISI BANTUAN DI GAZA” ANJURAN AQSA SYARIF NEGERI SEMBILAN DAN PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA DAERAH SEREMBAN AKAN DIADAKAN DI MASJID INI PADA HARI SABTU, 13 NOVEMBER SELEPAS SOLAT MAGHRIB. PENCERAMAH UNDANGAN TERDIRI DARIPADA DATO DR MUSA MOHD NORDIN DAN TUAN HJ NORAZMI BIN TALIB, AKTIVIS AQSA SYARIF YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DALAM MISI BANTUAN DI GAZA. MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR KE PROGRAM CERAMAH TERSEBUT.
2. PENGUMUMAN KEDUA BERHUBUNG WAKTU SOLAT AIDUL ADHA; UNTUK MAKLUMAN TUAN-TUAN PARA JAMAAH, MASJID KARIAH PANCHOR JAYA AKAN MENGADAKAN SOLAT AIDUL ADHA PADA HARI JUMAAT 27 NOVEMBER BERMULA PADA PUKUL 8.30 PAGI. AHLI KARIAH DIALU-ALUKAN UNTUK DATANG LEBIH AWAL UNTUK BERTAKBIR, TASBIH DAN BERTAHMID SEBELUM SOLAT AIDUL ADHA.
PENGUMUMAN BERIKUTNYA, PROGRAM QURBAN DIADAKAN DI MASJID INI IAITU PADA HARI RABU 17 NOVEMBER 2010 BERSAMAAN HARIRAYA PERTAMA AIDILADHA BERMULA PADA PUKUL 9.30 PAGI. PROGRAM QURBAN TAHUN INI TELAH MENDAPAT PENYERTAAN SERAMAI 42 PESERTA DAN INI BERMAKNA SEBANYAK 6 EKOR LEMBU YANG AKAN DISEMBELIH UNTUK QURBAN.
PIHAK MASJID JUGA AMAT MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN TUAN-TUAN PARA JAMAAH UNTUK BERSAMA-SAMA DALAM GOTONG-ROYONG QURBAN HARI TERSEBUT. UNTUK PENGAGIHAN KEPADA AHLI KARIAH PULA, BOLEHLAH TUAN-TUAN HADIR DAN MENGAMBIL DAGING-DAGING TERSEBUT DI MASJID INI BERMULA PADA PUKUL 12.00 TENGAHARI.
JUSTERU ITU, PIHAK MASJID MOHON KEPADA PENGERUSI-PENGERUSI BADAN KEBAJIKAN PENDUDUK ATAUPUN PENGERUSI SURAU DALAM KARIAH PANCHOR JAYA UNTUK MENGEMUKAKAN NAMA-NAMA PENERIMA DAGING QURBAN YANG DIBERI KEUTAMAAN SEPERTI GOLONGAN FAKIR, MISKIN, IBU TUNGGAL, ANAK-ANAK YATIM DAN MEREKA YANG BERHAK UNTUK DISENARAIKAN SEBAGAI PENERIMA UTAMA DAGING QURBAN SEBELUM DIEDARKAN KEPADA AHLI KARIAH.
3. PENGUMUMAN KEDUA, SATU PROGRAM CUTI SEKOLAH IAITU MOTIVASI AL QURAN YANG DIANJURKAN OLEH AL INFITAH TRAINING & CONSULTANCY DENGAN KERJASAMA MASJID KARIAH PANCHOR JAYA AKAN DIADAKAN BERMULA PADA 22 NOVEMBER HINGGA 18 DISEMBER, 2010 SELAMA 4 MINGGU (DIJADUALKAN SETIAP HARI ISNIN HINGGA KHAMIS PADA SESI PAGI IAITU DARI PUKUL 8.30 PAGI – 12.30 PAGI).
PIHAK MASJID AMAT MENGALU-ALUKAN PENYERTAAN PELAJAR-PELAJAR DARI SEKOLAH RENDAH DAN JUGA SEKOLAH MENENGAH (YANG BERUMUR 9 – 16 TAHUN) UNTUK MENYERTAI PROGRAM INI.
SETERUSNYA PENGUMUMAN KULIAH-KULIAH AGAMA MINGGUAN.
4. KULIAH SUBUH AKAN DIADAKAN PADA HARI SABTU 13 NOVEMBER YANG AKAN DISAMPAIKAN OLEH YANG BERBAHAGIA DATO’ HJ MURTADZA BIN HJ SHEIKH AHMAD, MANTAN MUFTI KERAJAAN NEGERI SEMBILAN.
5. KULIAH SUBUH AKAN DITERUSKAN LAGI PADA HARI AHAD, 14 NOVEMBER YANG AKAN DI SAMPAIKAN OLEH UST MOHD HAFIZI PENOLONG PENGARAH UNIT DAKWAH DAN KEPIMPINAN, JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN. DAN PADA SEBELAH MALAM HARI AHAD TERSEBUT, KULIAH MAGHRIB AKAN DISAMPAIKAN OLEH YBHG USTAZ HJ ABDUL RAHMAN BIN SALLEH, YANG AKAN MENYENTUH BAB TASAWUF DENGAN MERUJUK KITAB SIRUS SALIKIN.
6. PENGUMUMAN KELIMA, KELAS TAJWID DAN BACAAN AL QURAN AKAN DI ADAKAN PADA HARI ISNIN, 15 NOVEMBER SELEPAS SOLAT MAGHRIB YANG AKAN DIKENDALIKAN OLEH UST HJ MOHD RADZI.
BAGI PIHAK JAWATANKUASA MASJID, MOHON TUAN-TUAN PARA JAMAAH DAPAT MENGHEBAHKAN PROGRAM-PROGRAM YANG TELAH DIRANCANG INI KEPADA AHLI-AHLI KARIAH YANG LAIN.
Catat Ulasan