Statistik Bulan April 2010
Rasah Jaya - 1
Seremban Jaya - 1
Taman Jujur - 1 (Terbaru)
* sumber Jabatan Kesihatan Daerah (En. Nik)
Cegah Pembiakan Nyamuk AEDES; kitaran hidup nyamuk Aedes hanya mengambil masa 7 hari dari telur hingga menjadi nyamuk dewasa.
Periksa Rumah Kita seminggu sekali sekurang-kurangnya 10 minit dengan menghapuskan tempat-tempat pembiakan jentik-jentik di dalam dan di luar rumah; anda boleh memutuskan kitaran hidup Nyamuk Aedes ini.
Pastikan tiada tempat pembiakan jentik-jentik di persekitaran rumah anda dengan memeriksa dan meletakan bahan pembunuh jentik-jentik:
Dalam Rumah
- Talam Peti Sejuk; Berus dan cuci setiap minggu
- Pelapik Rak Pinggan; Buang air yang bertakung atau jangan menggunakan pelapik
- Perangkap Semut; Bubuh bahan pembunuh jentik-jentik
- Pam Tandas; kalau rosak segera perbaiki, tutup dengan rapat
- Mangkuk Tandas Yang Rosak; Baiki segera dan tutup dengan rapat
- Baldi; Cuci setiap minggu, telangkup (terbalikkan) dan tutup dengan rapat sekiranya menggandung air simpanan
- Bekas Jambangan; gantikan dengan kapas atau kertas basah
Luar Rumah
- Tong Drum yang berisi air; Cuci setiap minggu atau telangkupkan supaya tidak menakung air atau tutup dengan rapat sekiranya digunakan untuk menyimpan air.
- Tempayan; guna cara seperti tong drum
- Pasu Bunga; pastikan pasu bunga tidak menakung air
- Alas Pasu Bunga; cuci setiap minggu atau tidak menggunakan alas pasu yang boleh menakung air siraman.
- Pelbagai Jenis Tin dan Bekas air; lupuskan dengan sempurna atau letak di tempat yang terlindung dari hujan
- Tayar terpakai; letak di tempat yang terlindung dari hujan atau susun dan tutup dengan rapat dibahagian atasnya (periksa dengan kerap bagi memastikan tayar tidak menakung air.
- Takungan Hidroponik; bubuh bahan pembunuh jentik-jentik secara berjadual
- Kanvas dan semua jenis plastik; buang air yang bertakung, lipat dan letakkan di tempat terlindung daripada hujan
- Bekas minuman binatang peliharaan; cuci dan tukar airnya secara kerap
- Bekas makanan polisterin; kutip dan buang dengan sempurna
- Longkang; cuci dan bersihkan setiap minggu serta pastikan air mengalir dengan lancar
- Salur Air Hujan (Gutther); Pastikan tidak tersumbat dan perbaiki yang rosak
"Mati kerana Seekor Nyamuk". Jangan gadaikan nyawa anda, keluarga, jiran tetangga serta rakan taulan. Bersama kita mencegahnya. Anda semua mampu mengubahnya.
TAMAN KITA,
TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA
LUANGKAN MASA 10 MINIT ANDA
ANDA MAMPU MELAKUKANNYA
Catat Ulasan