MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT TPJF4 - 29 APRIL 2010

 


Memohon ke hazrat ALLAH S.W.T agar warga TPJF4 di hindar dari segala wabak penyakit, memohon kesihatan, keselamatan, kesejahteraan serta keharmonian.

Di jemput tuan puan ke majlis tahlil dan doa selamat pada hari Khamis 29 April 2010, selepas solat maghrib di Masjid Qariah Panchor Jaya yang akan di pimpin oleh Yang Berbahagia Imam Ustaz Hj Dahalan.

Sama-sama lah kita menghadiri serta memohon kepadaNYA.


KEJOHANAN TENPIN BOWLING TETUTUP KRT TPJF4 2010 - 8 MEI 2010



Kejohanan ini bakal berlangsung pada Hari Sabtu 8 Mei 2010 di Ampang Superbowl Seremban Parade. Borang penyertaan telah diedarkan kepada warga TPJF4. Bagi yang ingin menyertai kejohanan, sila kembalikan borang serta pembayaran secepat mungkin kepada En Alwi Abdullah, En. Zahren Muhamad atau AJK Biro Sukan yang lain ataupun kepada Ketua Lorong anda dengan seberapa segera sebelum 2 Mei 2010.

Mohon Ketua Lorong TPJF4 membantu Biro Sukan mendapatkan maklumbalas dari penduduk yang telah diedarkan borang pendaftaran kejohanan, Terimakasih.

[Countdown: 8 Hari Lagi]

TREASURE HUNT JEJAK WARISAN 29 MEI 2010


Treasure Hunt Jejak Warisan anjuran Kerajaan NSDK dan Lembaga Muzium Negeri Sembilan sempena Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Negeri akan diadakan pada 29 Mei 2010. Hadiah lumayan menanti Anda. Johan RM1,500!! SEGERA!! Tempat terhad!!. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi En. Azmi Hj Mohd Yusof.

Charity Breakfast Masjid Qariah Panchor Jaya 1 Mei 2010


  Gambar hiasan



Merujuk kepada posting 23 April 2010 Perkara 1. Masjid Qariah Panchor Jaya mengalu-alukan penglibatan anda dalam Charity Breakfast pada hari Sabtu 1 Mei 2010 jam 7.00 ~ 11.00 pagi. Selain itu pertandingan mewarna dan melukis "Masjidku Sayang" mengikut kategori umur juga akan berlangsung pada jam 8.00 ~ 10.00 pagi tersebut. Borang tempahan Charity Breakfast serta pertandingan mewarna dan melukis telah diedarkan atau anda boleh mendapatkannya dari pegawai atau AJK Masjid.

Pihak Masjid Qariah Panchor Jaya amat mengalu-alukan agar anda membuat tempahan awal dengan menyerahkan borang tempahan beserta bayaran kepada pegawai atau AJK Masjid untuk memudahkan penyediaan sarapan pagi pada majlis tersebut.

Marilah datang beramai-ramai bersama keluarga dan menjayakan program bersarapan sambil menderma yang julung-julung kali diadakan ini.

Hanya 10 minit Untuk Cegah Denggi



Statistik Bulan April 2010

Kematian 3 kanak-kanak sekitar umur 10 tahun di sebabkan DENGGI:
Rasah Jaya         - 1
Seremban Jaya    - 1
Taman Jujur        - 1 (Terbaru)
* sumber Jabatan Kesihatan Daerah (En. Nik)



Cegah Pembiakan Nyamuk AEDES; kitaran hidup nyamuk Aedes hanya mengambil masa 7 hari dari telur hingga menjadi nyamuk dewasa.

Periksa Rumah Kita seminggu sekali sekurang-kurangnya 10 minit dengan menghapuskan tempat-tempat pembiakan jentik-jentik di dalam dan di luar rumah; anda boleh memutuskan kitaran hidup Nyamuk Aedes ini.


 Pastikan tiada tempat pembiakan jentik-jentik di persekitaran rumah anda dengan memeriksa dan meletakan bahan pembunuh jentik-jentik:

Dalam Rumah

  • Talam Peti Sejuk; Berus dan cuci setiap minggu 
  • Pelapik Rak Pinggan; Buang air yang bertakung atau jangan menggunakan pelapik
  • Perangkap Semut; Bubuh bahan pembunuh jentik-jentik
  • Pam Tandas; kalau rosak segera perbaiki, tutup dengan rapat 
  • Mangkuk Tandas Yang Rosak; Baiki segera dan tutup dengan rapat
  • Baldi; Cuci setiap minggu, telangkup (terbalikkan) dan tutup dengan rapat sekiranya menggandung air simpanan
  • Bekas Jambangan; gantikan dengan kapas atau kertas basah


Luar Rumah
  • Tong Drum yang berisi air; Cuci setiap minggu atau telangkupkan supaya tidak menakung air atau tutup dengan rapat sekiranya digunakan untuk menyimpan air.
  • Tempayan; guna cara seperti tong drum
  • Pasu Bunga; pastikan pasu bunga tidak menakung air
  • Alas Pasu Bunga; cuci setiap minggu atau tidak menggunakan alas pasu yang boleh menakung air siraman.
  • Pelbagai Jenis Tin dan Bekas air; lupuskan dengan sempurna atau letak di tempat yang terlindung dari hujan
  • Tayar terpakai; letak di tempat yang terlindung dari hujan atau susun dan tutup dengan rapat dibahagian atasnya (periksa dengan kerap bagi memastikan tayar tidak menakung air.
  • Takungan Hidroponik; bubuh bahan pembunuh jentik-jentik secara berjadual
  • Kanvas dan semua jenis plastik; buang air yang bertakung, lipat dan letakkan di tempat terlindung daripada hujan
  • Bekas minuman binatang peliharaan; cuci dan tukar airnya secara kerap
  • Bekas makanan polisterin; kutip dan buang dengan sempurna
  • Longkang; cuci dan bersihkan setiap minggu serta pastikan air mengalir dengan lancar
  • Salur Air Hujan (Gutther); Pastikan tidak tersumbat dan perbaiki yang rosak 
* sumber Kementerian Kesihatan


"Mati kerana Seekor Nyamuk". Jangan gadaikan nyawa anda, keluarga, jiran tetangga serta rakan taulan. Bersama kita mencegahnya. Anda semua mampu mengubahnya.

TAMAN KITA,
TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA

LUANGKAN MASA 10 MINIT ANDA
ANDA MAMPU MELAKUKANNYA

Skuad Rusa Menang Piala FA 2010

10 April 2010 Jam 8.55 mlm sekali lagi bertempat di 1068, Jalan Semarak 21 (padat betul acara dari pagi hingga ke malam di sini, ribuan terimakasih pada tuan rumah En. Alwie dan Kak Izan serta keluarga menyediakan lokasi, makanan serta minuman), warga TJF4 telah dihidangkan dengan tayang skrin layar besar berserta sistem audio (Berbanyak terimakasih kepada Mej. Anuar) pelawanan akhir Piala FA 2010 Negeri Sembilan menentang Kedah. Teruja, bersemangat, debaran, kebosanan, sorakan, keletihan maklumlah sampai lewat malam..... (Awas!!! Jangan tiru aksi buko baju.)

 
Akhirnya Pasukan pimpinan Wan Jamak Wan Hassan ini menewaskan Kedah menerusi tendangan penalti ‘sudden death’ 5-4. Tahniah Skuad Sang Rusa!!!!

Selamat Hari Lahir Yang Ke ?8

10 April 2010, jam 5ptg bertempat di 1068, Jalan Semarak 21 berlangsungnya majlis doa selamat sempena hari kelahiran saudara Alwie (Chief Biro Sukan KRT TPJF4) serta anak beliau "Baby". Sorry tak do gambar Birthday Boy dan Girl.

Penubuhan COMBI di TPJF4

Pada 10 April 2010 jam 10 pagi, Communication for Behavioral Impact (COMBI) TPJF4 telah ditubuhkan secara rasmi oleh Pengawai Kesihatan Daerah, bertempat di 1068, Jalan Semarak 21 (Berbanyak terimakasih kepada En. Alwie kerana memberi ruang serta mengunakan khemah - "Selamat Hari Lahir Tuan yang ke ?8"). Tujuan sebagai agen dan promoter kepada Kementerian Kesihatan bagi mendidik warga taman untuk lebih perihatin terhadap gejala dan bahaya NYAMUK AEDES yang boleh membawa maut.


Sama-sama lah kita bekerjasama demi kesejahteraan kita warga TPJF4 semua.

Sila klik capaian berikut berkaitan COMBI N9.
http://jknns.moh.gov.my/modules/content/index.php?id=213