"Segala kandungan di laman blog ini, tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan, artikel, grafik, gambar dan ilustrasi yang diterbitkan adalah dari penulis atau salinan dari rakan-rakan atau dari sumber cyber maya, seandainya terdapat persamaan dan di gunapakai...mohon halalkan dan sejuta maaf di pinta"
Malam Mesra KRT TPJF4 2010 bakal tiba tidak berapa lama lagi. Flyer dan borang sumbangan telah diedarkan kepada warga TPJF4 sejak seminggu yang lalu. Periksa peti surat anda. Bagi yang belum menerima atau kehilangan borang, sila berhubung dengan AJK KRT TPJF4 terdekat atau Ketua Lorong Tuan/Puan.
Pada majlis tersebut, sumbangan saguhati Pelajar Cemerlang tahun 2009 akan diberikan. Sila rujuk Flyer yang telah diedarkan untuk keterangan lanjut.
Marilah kita semua warga TPJF4 meluangkan diri dan masa untuk meraikan majlis tersebut serta merapatkan barisan kejiranan antara kita.
Telah berlangsung dengan jayanya pada pagi hari Sabtu tanggal 31 Julai 2010. Para remaja warga TPJF4 telah bersama-sama memeriahkan acara yang diadakan bagi memupuk semangat setiakawan serta silatulrahim sesama jiran tetangga. Ikuti dalam ceritera bergambar ini.
Clerk-of-Course (CoC) En. Halimon sedang memberi taklimat akhir.
Sebelum bermula, acara regangan badan di ketuai oleh En. Zahren.
Soalan Explore Race diberikan....
Explore Race Remaja bermula....
Lastik Belon
Mengukur keluasan gelanggang
Messenger
Isi Air Dalam Baldi
Para peserta sejumlah 30 remaja menerima Sijil Penyertaan dari Tuan Hj. Ab. Manan, Pengerusi KRT TPJF4
JUARA
Ke-2
Ke-3
Taniah kepada yang telah berjaya merangkul hadiah utama dan terima kasih pada yang mengambil bahagian. Semoga bertemu di lain acara akan datang bagi tahun 2010.
Di jemput warga TPJF4 sekeluarga memeriahkan program kali ini.
Bagi yang berhajat untuk meyertai Explore Race Remaja dan Kembara Jalur Gemilang, sila cetak borang di bawah ini dan serahkan kepada mereka yang namanya tertera di borang tersebut atau kepada Ketua Lorong SEBELUM atau PADA Khamis 29 Julai 2010. Borang ini juga akan diedarkan melalui peti Pos rumah warga TPJF4.
TAHNIAH, pasukan Futsal Taman Panchor Jaya Fasa 4 (TPJF4) telah berjaya menjadi Juara dalam Kejohanan Futsal Peringkat DUN Lenggeng yang telah berlangsung di Pantai pada 18 Julai 2010.
Pasukan Futsal TPJF4 akan mewakili DUN Lenggeng dalam Kejohanan Futsal Peringkat Antara DUN pada Ahad, 8 Ogos 2010 akan datang yang bakal diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi.
Di jemput semua warga TPJF4 serta Kariah Panchor Jaya untuk bersama-sama memberi sokongan kepada pasukan pada hari tersebut.
SATU FORUM CERAMAH AKAN DIADAKAN DI MASJID KARIAH PANCHOR JAYA SEPERTI BERIKUT:-
TAJUK : "PERBANDINGAN AGAMA"
TARIKH: 30 JUN , 2010 (RABU)
MASA: SELEPAS MAGHRIB
TEMPAT: MASJID KARIAH PANCHOR JAYA
PENCERAMAH:-
BRO SHAH KIRIT KAKULAL GOVINDJI (SALAH SEORANG PENGURUS DI SABA ISLAMIC MEDIA DAN PENDAKWAH YG SERING DIPANGGIL MEMBICARAKAN ISU PERBANDINGAN AGAMA. MEMELUK ISLAM PADA TAHUN 1996 DARI HINDUISM, MAHIR DAN BERPENGETAHUAN TENTANG AL QURAN, BIBLE DAN HINDU.
MODERATOR:-
UST ZAMANI IBRAHIM. PENGETUA INS. TAHFIZ AL QURAN NS (ITQAN)
SEMOGA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN DAPAT MELUANGKAN MASA MENGHADIRI FORUM CERAMAH TERSEBUT DAN MOHON DIHEBAHKAN KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG LAIN.
Terkini dalam tahun 2010 (1 Jan ~ 18 Jun) sehingga posting ini di tulis berpandukan kepada maklumat yang sedia di ketahui, di maklumi dan di perolehi, sama ada yang pernah dimasukkan atau masih di hospital maupun telah atau sedang menjalani rawatan pemulihan di rumah, berikut adalah jumlah mangsa bagi perkara berkaitan yang telah di kenal pasti oleh pihak kesihatan / keluarga;
TPJF4 telah diwakili oleh 12 peserta dengan 3 buah kenderaan dalam acara Treasure Hunt Jejak Warisan 2010 anjuran Lembaga Muzium Negeri Sembilan yang telah berlangsung pada hari Sabtu, 29 MEI 2010.
Jejak perjalanan bermula dari Seremban – Port Dickson – Rembau – Tampin – Jempol – Kuala Pilah – Seri Menanti. 7 Pit Stop tasks bersama soalan perjalanan, treasures dan puzzles perlu diselesaikan oleh peserta dalam acara sejauh 200km memakan masa 7 jam ini.
Team TPJF4 memberi saingan hebat walaupun bersaing bersama-sama taiko-taiko hunters dari dalam dan luar daerah yang berjumlah 35 kenderaan kesemuanya.
Tahniah kepada Team TPJF4 yang berjaya berada dalam kelopok Top 10 dan Top 15.