"Segala kandungan di laman blog ini, tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan, artikel, grafik, gambar dan ilustrasi yang diterbitkan adalah dari penulis atau salinan dari rakan-rakan atau dari sumber cyber maya, seandainya terdapat persamaan dan di gunapakai...mohon halalkan dan sejuta maaf di pinta"
Di jemput warga TPJF4 sekeluarga memeriahkan program kali ini.
Bagi yang berhajat untuk meyertai Explore Race Remaja dan Kembara Jalur Gemilang, sila cetak borang di bawah ini dan serahkan kepada mereka yang namanya tertera di borang tersebut atau kepada Ketua Lorong SEBELUM atau PADA Khamis 29 Julai 2010. Borang ini juga akan diedarkan melalui peti Pos rumah warga TPJF4.
TAHNIAH, pasukan Futsal Taman Panchor Jaya Fasa 4 (TPJF4) telah berjaya menjadi Juara dalam Kejohanan Futsal Peringkat DUN Lenggeng yang telah berlangsung di Pantai pada 18 Julai 2010.
Pasukan Futsal TPJF4 akan mewakili DUN Lenggeng dalam Kejohanan Futsal Peringkat Antara DUN pada Ahad, 8 Ogos 2010 akan datang yang bakal diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi.
Di jemput semua warga TPJF4 serta Kariah Panchor Jaya untuk bersama-sama memberi sokongan kepada pasukan pada hari tersebut.
SATU FORUM CERAMAH AKAN DIADAKAN DI MASJID KARIAH PANCHOR JAYA SEPERTI BERIKUT:-
TAJUK : "PERBANDINGAN AGAMA"
TARIKH: 30 JUN , 2010 (RABU)
MASA: SELEPAS MAGHRIB
TEMPAT: MASJID KARIAH PANCHOR JAYA
PENCERAMAH:-
BRO SHAH KIRIT KAKULAL GOVINDJI (SALAH SEORANG PENGURUS DI SABA ISLAMIC MEDIA DAN PENDAKWAH YG SERING DIPANGGIL MEMBICARAKAN ISU PERBANDINGAN AGAMA. MEMELUK ISLAM PADA TAHUN 1996 DARI HINDUISM, MAHIR DAN BERPENGETAHUAN TENTANG AL QURAN, BIBLE DAN HINDU.
MODERATOR:-
UST ZAMANI IBRAHIM. PENGETUA INS. TAHFIZ AL QURAN NS (ITQAN)
SEMOGA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN DAPAT MELUANGKAN MASA MENGHADIRI FORUM CERAMAH TERSEBUT DAN MOHON DIHEBAHKAN KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG LAIN.
Terkini dalam tahun 2010 (1 Jan ~ 18 Jun) sehingga posting ini di tulis berpandukan kepada maklumat yang sedia di ketahui, di maklumi dan di perolehi, sama ada yang pernah dimasukkan atau masih di hospital maupun telah atau sedang menjalani rawatan pemulihan di rumah, berikut adalah jumlah mangsa bagi perkara berkaitan yang telah di kenal pasti oleh pihak kesihatan / keluarga;
TPJF4 telah diwakili oleh 12 peserta dengan 3 buah kenderaan dalam acara Treasure Hunt Jejak Warisan 2010 anjuran Lembaga Muzium Negeri Sembilan yang telah berlangsung pada hari Sabtu, 29 MEI 2010.
Jejak perjalanan bermula dari Seremban – Port Dickson – Rembau – Tampin – Jempol – Kuala Pilah – Seri Menanti. 7 Pit Stop tasks bersama soalan perjalanan, treasures dan puzzles perlu diselesaikan oleh peserta dalam acara sejauh 200km memakan masa 7 jam ini.
Team TPJF4 memberi saingan hebat walaupun bersaing bersama-sama taiko-taiko hunters dari dalam dan luar daerah yang berjumlah 35 kenderaan kesemuanya.
Tahniah kepada Team TPJF4 yang berjaya berada dalam kelopok Top 10 dan Top 15.
Alhamdulillah, telah berlangsung seperti yang dijadualkan. Seramai kurang lebih 100 peserta lelaki, wanita serta remaja warga Kariah Panchor Jaya telah menghadiri kursus seharian ini. Banyak perkara berkaitan yang telah diperturunkan serta banyak lagi yang perlu dipelajari. Semoga semua mendapat menafaat dari program ini dan semoga dapat ditubuhkan team pengurusan jenazah bagi Kariah ini. Semoga berjumpa lagi di siri kedua, insyallah.
Innalillahi Wainna Ilaihi Rojiiuun.... inilah gambaran awal ketika persediaan melangkah ke alam barzakh. Walau bagaimanapun pemergian hanyalah seketika kerana dia kembali jua.... Terima kasih di atas kesudiaan Pak Wahab menjadi "Model" dalam menjayakan Kursus Pengendalian Jenazah yang di adakan di Masjid Kariah Panchor Jaya.
Antara ceritera pada sesi tersebut.
Nota Penting : Ini hanya lakonan semata-mata. Jangan ada yang terkeliru.
Pak Wahab masih di sini, sihat walaafiat. (Ketika posting ini di tulis)