MALAM MESRA KRT TPJF4 2010 BAKAL MENJELANG


Malam Mesra KRT TPJF4 2010 bakal tiba tidak berapa lama lagi. Flyer dan borang sumbangan telah diedarkan kepada warga TPJF4 sejak seminggu yang lalu. Periksa peti surat anda. Bagi yang belum menerima atau kehilangan borang, sila berhubung dengan AJK KRT TPJF4 terdekat atau Ketua Lorong Tuan/Puan.

Pada majlis tersebut, sumbangan saguhati Pelajar Cemerlang tahun 2009 akan diberikan. Sila rujuk Flyer yang telah diedarkan untuk keterangan lanjut.

Marilah kita semua warga TPJF4 meluangkan diri dan masa untuk meraikan majlis tersebut serta merapatkan barisan kejiranan antara kita.

1 SYAWAL 1431H - SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI