PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2010

Tarikh: Sabtu, 30 Oktober 2010
Masa: 8.30 malam
Lokasi: Perkarangan Pejabat KRT/Tabika Perpaduan TPJF4
Perlawanan: Kelantan vs Negeri Sembilan

Bagi warga dan bukan warga yang tidak berkesempatan, kehabisan tiket serta mereka yang memikirkan akan keselamatan, jawatankuasa KRT TPJF4 telah menyediakan skrin besar (Thanks to Mejar (B) Hj. Anuar Itam) untuk yang berhajat bersama-sama menyaksikan perlawanan akhir pada hari tersebut. Program santai ini telah di hadiri oleh mereka dari pelbagai peringkat umur.

Makanan ringan sebagai kudapan dan menu utama roti canai dan nasi putih beserta daging ruso lombu masak lomak cili api menjadi hidangan. Berlantaikan bumi, beratapkan langit menyaksi kijang bertemu rusa.

Keputusan akhir Kelantan (2), Negeri Sembilan (1). Tahniah Negeri Sembilan kerana berjaya sampai ke peringkat akhir. Tahniah Kelantan kerana menjadi juara tahun ini. Selainnya tersimpan dalam lipatan sejarah.

Ceritera bergambar...

 Pengunaan skrin besar di kawasan Pejabat KRT/Tabika Perpaduan TPJF4

 Banner pasukan negeri oleh penyokong kedua-dua pasukan

 Menu utama sedang disediakan

 Antara mereka yang turut menyaksikan perlawanan akhir

 
 Penyokong dari pelbagai peringkat usia

Suasana ketika Negeri Sembilan berhasil menjaringkan gol tunggal sepakan penalti

Saat hiba menanti minit akhir separuh masa kedua perlawanan tamat
Wak Hassan call bookie ko?

Pertembungan dua Pengerusi KRT (Taman Cengal - En. Mat Zin & TPJF4 - Tuan Hj. Ab. Manan)

MAJLIS MALAM MESRA KRT TPJF4 2010

Majlis Malam Mesra KRT TPJF4 2010 telah berlangsung dengan jayanya pada hari Sabtu 9 Oktober 2010 di Pejabat KRT TPJF4. Ianya dirasmikan oleh YB Tuan Mustafa Salim yang hadir bersama isteri serta rombongan. Lebih 400 orang warga di TPJF4 menghadiri majlis ini.

Tetamu-tetamu yang hadir terdiri dari Pegawai Jabatan Perpaduan Negara, Pegawai SWM, Pegawai MPS, Pegawai Polis dari Balai Polis Paroi, AJK Masjid Kariah Panchor Jaya, AJK KRT dari taman-taman berdekatan, wakil dari Jabatan Penerangan serta kenalan warga TPJF4.

Di majlis itu juga YB Tuan Mustafa Salim telah sudi merasmikan Laman Blog KRT TPJF4 di ikuti dengan pertunjukan bunga api sempena pelancaran laman blog dan majlis Malam Mesra tersebut.

Ceritera bergambar...





MALAM MESRA KRT TPJF4 2010 DAN PERASMIAN BLOG

Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Illahi, Kami mengalukan kesudian Yang Berhormat Tuan Mustafa Salim, ADUN Lenggeng dan isteri hadir ke majlis MALAM MESRA KRT TPJF4 2010 pada malam ini 9 Oktober 2010.  Bersempena majlis ini juga, Laman Blog KRT Taman Panchor Jaya Fasa 4  [www.krt-tpjf4.blogspot.com] yang mula beroperasi pada 27 Januari 2010 juga telah selamat dilancarkan secara rasminya oleh beliau.
Yang Berhormat Tuan Mustafa Bin Salim. ADUN Lenggeng.

 Laman Blog ini merupakan salah satu medium rasmi kami untuk menyediakan gerbang informasi kepada warga  TPJF4 menerusi ruang siber.

Ianya telah menjadi medan penyebaran maklumat dalam mengulas kepelbagaian isu, perlaksanaan program dan aktiviti serta perkongsian pengalaman dalam merapatkan ukhuwah sesama warga.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada YB Mustafa Salim kerana sudi merasmikan Blog KRT TPJF4 ini. Semoga ianya dapat memberi menafaat kepada warga dan bukan warga yang melayarinya.